Tempat Menarik di Melaka
Tempat Pelancongan di Melaka KOTA A FAMOSA Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis ) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir , Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul . Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia . Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa , termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu " a " dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf " A " dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah"). GEREJA CHRIST Gereja Christ yang berwarna merah ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia Malaysia .Gereja ini dibina sekitar tahun 1753 pada tempat yang sama.Gereja ini merupakan testimoni kepada seni rekabentuk ...